Oleh Istanjoeng
Sebelumnya penulis minta maaf, dimana ada tulisan-tulisan yang salah tentang cerita di hari terakhir Baginda Rasulullah S.A.W. Dan juga mungkin disegi keakuratan tentang kisah ini, apalagi mungkin ada yang bertentangan dengan kisah ini. Sekali lagi Penulis mohon maaf, atas kekurangan, juga kesalahan.
Suatu pagi di hari-hari terakhir
Baginda,"Kuwariskan dua perkara kepada kalian...iaitu Al-Qur'an dan Sunahku. Barang siapa yang mencintai Sunnahku, maka mereka Mencintaiku, dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk Syurga bersama-samaku," Rasulullah S.A.W.
Khutbah singkat ini diakhiri dengan Rasulullah S.A.W memandang tenang, mata Sahabat-sahabatnya. Kelihatan Abu Bakar r.a, membalas pandangan itu dengan mata yang berkaca.
Umar r.a menahan nafas dan tangisnya dengan begitu kuat. Uthman r.a menghela nafas sepanjang-panjanya.
Ali r.a pula menundukkan kepalanya sedalam-dalam yang bole. Itulah isyaratnya. Saat perpisahan sudah tiba,"Rasulullah akan meninggalkan kita" Keluh Para Sahabat.
Manusia tercinta itu sudah hampir selesai tugasnya di dunia. Tengah hari itu di rumah baginda. Terdengar suara memberikan salam dan minta izin untuk masuk. Menziarahi Baginda Rasulullah S.A.W.
Namun permintaan ini ditolak oleh Fatimah r.a. Maafkanlah, ayahku sedang demam. Rasulullah S.A.W. terdengar jawaban Fatimah r.a. Itu,"Siapakah yang datang itu wahai anakku?," tanya Rasulullah S.A.W.
"Tidak tahulah ayahku. Tidak pernah kulihat orangnya sebelum ini," jawab Fatimah r.a.
Maka jawab Rasulullah S.A.W. "Ketahuilah, dia itulah yang memisahkan pertemuan di Dunia. Dialah Malaikat Maut,".
Fatimah r.a. terus menahan ledakan tangisnya. Karena mengetahui, ajal ayah handanya sudah semakintiba.
Malaikat Izrail dan Jibrail, datang menghampiri Rasulullah S.A.W.,"Wahai Jibrail, jelaskan apakah hakku di hadapan Allah nanti?" Tanya Rasulullah S.A.W.
"Pintu-pintu langit telah terbuka ya Rasulullah, para Malaikat menanti Rohmu," Jawab Malaikat.
"Semua Pintu Syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," ucap Jibril
Ternyata kata-kata Jibril itu tidak membuat Baginda senang, matanya penuh dengan kecemasa,"Engkau tidak senang mendengar kabar ini ya Rasulullah?" Tanya Jibril.
Rasulullah menjawab dan bertanyak,"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak," tanya Rasulullah S.A.W.
Jibril menjawab pertanyaan Rasulullah S.A.W. "Jangan Khuwatir ya Rasulullah, aku pernah mendengar Allah Berfirman," Jawab Jibril a.s.
"Kuharamkan Syurga bagi siapa saja, kecuali Umat Muhammad telah berada di dalamnya."
Detik-detiknya semakin tiba. Tibalah saat Malaikat Izrail menjalankan tugasnya.
Perlahan-lahan Roh Rasulullah S.A.W. ditarik. Seluruh tubuh badan Baginda disimbahi peluh, atau keringat. Urat-urat leher Baginda menegang.
Perlahan-lahan Rasulullah S.A.W. mengaduh,"Jibril, betapa sakitnya Sakaratul Maut ini," Ucap Baginda Rasulullah S.A.W.
Fatimah r.a. memejamkan matanya, Ali r.a. di sampingnya menundukkan lagi kepalanya.
Jibril a.s. pula memalingkan mukanya,"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?," Tanya Rasul.
"Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal." Jawab Jibril a.s.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah S.A.W. memekik karena sakit yang tidak dapat ditahan lagi.
"Ya Allah dasyatnya nian maut ini..timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku...jangan pada umatku." Pinta Rasulullah S.A.W.
Badan Baginda Rasulullah S.A.W. mulai dingin Kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan membisikkan sesuatu, maka bergegas Ali r.a. mendekati bibir Baginda,"Peliharalah Solat....Dan peliharalah orang-orang yang lemah di kalangan mu." Bisik Baginda Rasulullah S.A.W. di telinga Ali r.a.
Di luar rumah, kedengaran tangisan daripada para sahabat. Fatimah r.a. menutupkan mukanya dengan tangannya, dan Ali r.a. mendekatkan lagi telinganya ke bibir Baginda,"UMATI.....UMATI...UMaT KU.....UMAT KU.....UMAT KU," Ingat Rasulullah S.A.W.
Dan berakhirlah kehidupan insan Mulia...yang bergelar Rasulullah S.A.W. Kini, mampukah Kita menyintai Baginda.
Sebagaimana Baginda begitu menyintai kita Umatnya yang tidak pernah Beliau temui?? Lupakah kita akan perjuangan dan pengorbanan Baginda Rasulullah.
Dalam memperjuangkan dan menjamin kesejahteran..... Umat Manusia setelah zaman Baginda.
Seperti Allah dan Rasul sentiasa mencintai, sadarlah bahwasanya
Begitulah Kisah Baginda Rasulullah S.A.W
Dikutip dari buku Khutbah Jum'at